Friday, April 29, 2016

Philips PerfectCare Aqua System Iron : Pengenalan





Kali ni nak promote  Philips Seterika PerfectCare Aqua System pulak. Guna steam untuk menggosok yang memang mudah, hanya mereka yang pernah pakai tahu perasaannya :)

Memang berbaloi sangat beli sebab kerja meng'iron' menjadi lebih mudah, cepat dan tidak lagi memenatkan. Dah tak stress lagi kalau hal nak menggosok baju. Jimat masa dan tenaga.  Kedut cepat sangat hilang. Hanya perlu iron 1 side baju dan baju jadi licin.

Kepada mummy2 yang bekerja atau mereka yang mempunyai keluarga yang besar, saya sangat syorkan korang beli iron ni. Memang mahal sikit. Tapi berbaloi sangat.


Ciri-ciri Philips  PerfectCare Aqua System Iron :

1. Menyeterika sebarang pakaian yang boleh diseterika dari sutera hingga ke linen, kapas dan kashmir tanpa perlu melaraskan suhu 

2. Teknologi OptimalTemp : kombinasi sempurna suhu dan stim untuk semua pakaian yang boleh diseterika 

3. Stim yang berterusan sehingga 120g/min & penggalak stim 240g  

4. Sehingga 5 bar tekanan stim untuk menyeterika dengan pantas 
5. Tapak SteamGlide untuk kerja menyeterika yang lebih licin. Easy De-Calc, sistem antikerak yang tidak merumitkan dan berkesan

Lain butiran Produk:

- Wattan: 2400W
- Tangki air: 2.5L
- Panjang hos: 1.7m
- Panjang kod kuasa: 1.8m
- Berat seterika: 1kg
- Seterika + berat dasar: 4.5kg
- Saiz: 36.2(T) x 27(L) x 26.3(D)cm

PERCUMA Philips ironing board yang besar (sekali harung gosok tayah 2-3 kali alih) dan DVD dengan pembelian Seterika PerfectCare Aqua System Philips.



Waranti: Satu (1) tahun waranti terhadap kerosakan pengilangan. Peralatan UNTUK KEGUNAAN DI RUMAH sahaja.

Dah story panjang lebar mesti uols scroll laju2 ke bawah kan ;)  Harga pasaran untuk Philips Perfectcare Steam Generator Iron ini adalah RM1,699. Kalau nak murah boleh order dengan saya, harga RM1,350 je tau.




Update 4 May 2016. Model baru Seterika PerfectCare Aqua Philips akan dijual mulai 25 Mei 2016. Berikut adalah perbezaan model terdahulu dan yg akan datang:









Dengan harga RM1,350 ini bukan saja dapat iron korang akan dapat free iron board. Bukan sekadar iron board biasa tapi iron board yang besar dan lebar yang sememangnya sangat muat untuk meletak Philips Perfectcare Steam Generator Iron ini.

Tapi kalau jadi member, lagi kurang harganya. Berbaloi2. Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya dimaklumat berikut:-

Email : ohshoppedia@gmail.com
Whatssapp/sms : 014-6460932


Saturday, April 23, 2016

Philips Avance Food Processor : Pengenalan

Biasa guna atau dengar Food Processor? Apa bezanya dengan Blender? Perbezaan yang paling obvious adalah Food Processor digunakan untuk menghaluskan atau memproses bahan makanan yang keras dan lebih padat sementara Blender untuk bahan makanan yang banyak cairan. Food Processor memiliki kegunaan lebih dari sekadar blender biasa.

Dengan itu, memperkenalkan Philips Avance Food Processor yang memang akan banyak berjasa pada mummy2 yang super bz atau yang nak selalu cepat atau kurang cekap di dapur (macam saya ;)) . Fungsi Blender + Juicer + Chopper + Mixer telah disatukan fungsinya ke dalam Food Processor, menjadikannya lebih murah sekaligus practicle.

Ciri-ciri Philips Avance Food Processor:

a. Penyelesaian serba boleh untuk keperluan dapur anda
b. Butang bersadur krom dengan 12 kelajuan dan pulse
c. Bilah keluli tahan karat
d. 1300 W


Komponen2 utama Philips Avance Food Processor:



Dari kini ke kanan


1. Cakera pemotong boleh laras (halus dan kasar)

2. pemerah sitrus untuk jus oren atau limau gedang segar

3. Butang automatik satu sentuhan untuk doh roti, memutar dan ais

4. Dua pemukul telur keluli untuk krim dan putih telur




5. Cangkuk penguli keluli untuk doh dan bater yang sempurna

6. Balang pengisar 1.5 L

7. Mangkuk 3.4 L dengan tiub suapan XL+

8. Cakera pemarut boleh diterbalikkan (halus dan kasar)


Fungsi2 lain yang boleh dilakukan Philips Avance Processor selain membuat jus sayur/buah :

1. Memarut keju

2. Memarut dan juga memerah kelapa untuk diambil santannya

3. Mengguli adunan roti, pizza, dll.

4. Mencincang sayuran.

5. Membuat mayonaise, sos dan selai.

6. Menggiling daging lembu, ayam atau ikan.

7. Menggiling rempah kering.

Nak dapat gambaran jelas lagi cara penggunaannya? Boleh lihat video berikut ye:



Berapa harganya? Harga pasaran adalah RM1,164.95 tapi saya kasi harga promosi iaitu RM1,100 sahaja. Boleh bayar secara ansuran atau nak main kutu dengan kawan2 pun boleh. Kalau jadi member, harga boleh kurang lagi. Whatsapp saya di 014-6460932 untuk tempahan ok

Kitchen Aid Artisan Mixer (Raspberry Ice) : Pengenalan



Nak2 dekat raya ni, ada sesiapa yang tengah nak survey2 cari Mixer (Mesin Pengadun) tak? Atau memang dah ada hand mixer, sekarang nak bertukar pada stand mixer? Meh baca ni.

Stand Mixer adalah lebih bagus berbanding model Hand Mixer, tapi harga Stand Mixer ada sikit mahal la dari hand mixer ni. Disini dicadangkan dapatkanlah Kitchen Aid Artisan Mixer (Raspberry Ice) kerana lebih berfungsi dan mudah.  Mempunyai purata kelajuan/speed 10  dan  paling penting disertakan dengan 3 aksesori standard (pemukul, penguli dan cangkuk pembuat doh). 



Saya start berkenan dekat KitchenAid Stand Mixer ni  bila selalu tengok program2 masakan ni seperti Martha Stewart dan Nigella Lawson. Nampak pro je setiap kali pandang dorang masak sambil 'on' kan mixer ni. Macam semudah A, B, C je gayanya. Kalau nak feeling2 pro macam diorang, jom la pakai KitchenAid Artisan Mixer ni :P 

Ditambah pulak dengan colour Raspberry Ice ni yang memang mengancam. Berseri2 dapur anda. 



Tak dinafikan harganya memang tinggi sikit  tapi kepuasan bila dah pakai mixer ni memang buat korang takkan menyesal dan takkan cari brand lain punyalah. Cubalah apa resepi pun berkaitan kek ke, pizza ke, pai ke; memang senang disediakan.

Berat badan mixer ni memang mantap dan kukuh dan berat yang  jadikan segala bahan-bahan yang kita campak dekat dalam mixer ni, sebati jer bila bergaul bersama, tambah pulak dengan speed lever dia yang korang boleh selamba je tolak ke depan ke belakang. So, tak jadi masalah bila nak control kelajuan dia sesuka hati.


Ciri - ciri Kitchen Aid Artisan Mixer (Raspberry Ice)

1. Direka untuk kegunaan di rumah bagi mengadun bahan.

2. Tindakan Pengadunan Putaran Planet 67 titik yang unik – mengadun hingga ke tepi tanpa perlu memusingkan mangkuk untuk memastikan hasil yang sempurna lagi konsisten.

3. 300W.

4. 10-kawalan kelajuan.

5. Mangkuk 4.8L.

6. Kepala pengadun condong supaya mudah mengakses pemukul dan mangkuk.

7. Tuas pengunci mengekalkan kedudukan kepala pengadun.

8. Mangkuk terpasang ketat pada dasar pengadun.

Pembancuh Urai - telur, krim putar, kek span, dll.
Cangkuk Penguli Doh - doh yis, roti, doh piza, dll.
Pemukul Leper - doh biskut, bater kek dan pai, aising, dll.

Warranti: 

Waranti satu (1) tahun terhadap kerosakan pengilangan. Peralatan ini untuk KEGUNAAN DI RUMAH sahaja.




Harga pasaran RM3,084. Tapi jangan risau, harga saya kurang dari ni. Hanya RM2,750. Tapi kalau jadi member, lagi kurang harganya RM2,600 saja. Cash/ Ansuran atau nak main kutu dengan kawan2 pun boleh. Saya boleh uruskan.

Pilihan di tangan kita samada nak bayar sikit-sikit atau nak bayar terus.

Friday, April 22, 2016

Philips Air Fryer XL : Pengenalan

Pernah dengan Air Fryer? Untuk makluman semua, Air Fryer ini adalah satu teknologi memasak yang menggunakan udara untuk menggoreng sepenuhnya. atau dalam bahasa lain, tak guna minyak.

Nak explain bab guna udara tu teknikal sikit. Tapi, apa yang confirmnya, Air Fryer ni membantu memudahkan urusan memasak kita. Kalau anda nak elak makanan bergoreng menggunakan minyak, maka sesuai sangat membeli Air Fryer ni. Saya cadangkan alang2 decide nak pakai Air Fryer,  jangan beli 800g, ianya sangat kecil dan rugi. Belilah yang 1.2 kg (size XL) seperti gambar dibawah. 

 Kelebihan Philips Air Fryer XL:

1. Mengurangkan kandungan lemak dan kolesterol: Teknologi air frying dapat menurunkan kandungan lemak dan kolesterol, dalam masa sama makanan tetap lazat dan garing. Berkurangnya kandungan lemak menjadikan  makanan jadi lebih sihat. 

2.    Menjimatkan belanja: Airfryer membuat oil consumption jauh berkurang, sekaligus menjimatkan belanja bulanan. 

3.    Membuat makanan kembali crispy: Pisang goreng, nugget, fries mahupun fried chicken yang sudah lembik dan sejuk, boleh dikembalikan crisp dan hangat dengan airfryer. 

4.    Multi function: Walaupun sinonim sebagai alat menggoreng tanpa minyak, namun Philips Air Fryer ini multi function, ianya digunakan juga untuk memanggang ayam, membuat steak, ikan bakar dan lain-lain.  

5.    Tidak mengeluarkan asap:  Setiap airfryer biasanya sudah dilengkapi dengan built in air filter yang akan menyaring udara sehingga alat tidak mengeluarkan asap. Secara tidak langsung hal itu membuat dapur jadi lebih bersih kerana bebas dari asap yang kotor dan berbau. 

6.    Mudah dibersihkan: Jaring dan tray mudah dibersihkan hanya dengan menggunakan air dan sabun. Bersihkan selalu jaring dan tray setelah digunakan agar bersih dan tahan lama.


Ciri-ciri Philips Air Fryer XL:

1. Teknologi Rapid Air AirFryer yang dilindungi paten menggunakan kombinasi unik udara panas yang beredar dengan pantas dan unsur gril untuk menggoreng makanan tanpa minyak

2. Kurang lemak, kurang bau, mudah dibersihkan 

3. Lebih kuasa - 2100 W

4. Teknologi Rapid Air 

5. Kapasiti memasak 1.2kg 

6. Touch Screen digital

7. Sehingga 80% kurang lemak!


PERCUMA Dulang Pembakar, Rak Dua Tingkat dan DVD dengan pembelian Philips AirFryer XL.

Waranti: Satu (1) tahun waranti terhadap kerosakan pengilangan.

So dah tau sikit2 fungsi dan ciri2 Philips Air Fryer XL ni kan? Kalau berminat nak dapatkannya, whatsapp saya ye di 014.6460932 ok. Harga pasaran adalah RM2,436.95 . Dengan saya, boleh installment cash atau main kutu bulanan hanya sebanyak RM2,200 atau cash (whatsapp untuk harga). 


Tapi kalau jadi member, lagi kurang harganya. Berbaloi2. Whatsapp kita ok.

Thursday, April 21, 2016

Periuk Noxxa : Pengenalan

Noxxa Multifuction Pressure Cooker atau Periuk Tekanan Noxxa merupakan periuk 'magic' atau saya gelarkan ianya sebagai periuk Doraemon (kerana multifunctionnya) yang sememangnya terlajak laris di Malaysia masa kini. Dari luarannya Periuk Noxxa nampak seperti periuk nasi biasa namun jika dilihat pada fungsinya yang perbagai; tentu ramai yang berpuas hati dengan kegunaannya. 

Periuk Tekanan Noxxa menawarkan satu penyelesaian yang membantu menjimatkan masa sambil mengekalkan rasanya. Periuk tekanan ini berasaskan kepada pemanasan dalam tekanan yang tinggi akan melembutkan makanan dalam masa beberapa minit dengan tetapan memasak yang pelbagai untuk hasil yang cepat dan lazat.

Jika dulu periuk seperti ini/ periuk sediakala yang ada dipasaran menggunakan gas LPG dengan fungsi yang terhad. Namun dengan peredaran masa, inovasi koil pemanasan elektrik dicipta dan sistem sensor serta kawalan automatik disatukan. 





Selain berupaya memasak dalam skala tekanan yang tingi, periuk Noxxa ini juga mampu memasak dalam kadar tekanan rendah untuk jangkamasa panjang. Jadi, tak perlu bimbang gas LPG habis. Ianya anda boleh menumis, menggoreng, memanggang, stim, slow-cook dan juga memanaskan makanan walau tanpa ada tong gas.

 



Ciri-ciri Periuk Noxxa:
  
1. Boleh pilih nak Tekanan Tinggi & Rendah; (Hi-pressure, Low-pressure) 
  
2. Pelbagai fungsi; Masak Perlahan, Mengukus, Menumis; (Slow Cook, Steam, Stir-fry) . Boleh memanas semula dan memastikan makanan sentiasa hangat (Reheat)
  
3. Pelewat Masa sehingga 8 jam. (Delay Timer) 
4.  Periuk tidak melekat 8L. (Non-stick) 
  
5. Saiz periuk bahagian dalam; Diameter : 26.2cm - Height : 17.5cm – boleh masak 16 cawan beras 


Kegunaan & kelebihannya: 

1. Masak@goreng Bihun dlm masa yg singkat (takperlu tos bihun , masuk je dalam periuk)

2. Masak Nasi biasa 7 minit & nasi beriani dalam masa 8 minit ( tak termasuk masa prepare – masuk tak perlu dimasak masukkan beras terus)

3. Masak sup tulang @ sup ekor, cuma memakan masa lebih kurang 40 minit sahaja

4. Buat sendiri Sardin 

5. Rebus daging, tulang & ekor dalam masa yang singkat

6. Boleh membuat Pop-corn

7.  Masak kek kukus

8. Masak Dodol

9. Untuk merebus telur dlm 30biji, kita cuma memerlukan 2 minit saja


Video menerangkan ciri2 Periuk Noxxa dan kegunaannya


Kalau berminat, tempahan periuk noxxa pada harga murah dan free delivery, sila WhatsApp kepada 014-6460932 sekarang.

Untuk main Kutu Noxxa, pembayaran secara cash atau Ansuran adalah disediakan. Harga pasaran Periuk Noxxa ni adalah RM788.65 . Whatsapp kita laju2 ok 014-6460932 untuk harga promosi RM750 sahaja (Kutu/ Ansuran) Untuk Cash sila whatsapp. 

Tapi kalau jadi member, lagi kurang harganya. Whatsapp kita untuk detail ok.